Sunday, October 24, 2010

Pasang Lampu

Selepas menerima kunci daripada pemaju, suami telah menempah grill tingkap dan pintu semasa bulan puasa yang lalu. Pemasangan grill dibuat oleh kontraktor pada minggu kedua raya. Kos grill dari jenis yang biasa adalah sebanyak RM3300 untuk semua tingkap dan pintu termasuk 2 unit sliding door (3 panel) yang terletak di tingkat bawah dan juga di tingkat atas. Kalau grill dari jenis wrought iron mungkin kosnya antara RM4500 hingga RM5500.

Selepas sebulan, Suri bersama-sama suami membuat survey di beberapa buah kedai lampu untuk mengganggarkan bajet lampu dan kipas di sekitar Bandar Baru Bangi dan Seremban. Pada awal bulan Oktober, kami telah membuat beberapa pilihan berdasarkan bajet yang telah dianggarkan dengan mengambil kira faktor bahawa rumah tersebut tidak lagi kami diami dalam masa yang terdekat ini. Rumah ini juga bukan untuk disewakan. 

Ia akan digunakan pada hari cuti hujung minggu untuk kami sekeluarga berehat atau semasa ada keraian di rumah sedara mara di Seremban. Tambahan pula duduk di kuarters kerajaan ini bukannya boleh buat sesuka hati. Ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Bukan sewenang-wenangnya kita oleh ubahsuai ikut citarasa sendiri. Tukar warna cat atau lampu yang lebih menarik. 

Apabila sampai masanya diarahkan pindah rumah, terpaksalah berpindah keluar untuk masuk ke unit yang lain pula. Memang tidak dapat dielakkan, setiap kali perabot-perabot diangkut naik ke atas lori dan diturun semula di unit kuarters yang baru akan ada kesan calar, longgar dan sebagainya. Jadi, Suri rasa adalah lebih baik sepanjang duduk di kuarters, tak perlulah nak tukar perabot selalu kecuali jika ada keperluan. Jimat sikit duit untuk beli perabot-perabot baru di rumah sendiri.   

Sebanyak 17 unit lampu dan 4 unit kipas yang perlu dipasang kesemuanya. Setelah pilihan lampu dan kipas dibuat di sebuah kedai lampu di Senawang dengan kos yang hampir RM2000, kami meminta pihak kedai untuk menyimpannya buat sementara waktu sehinggalah suami mempunyai masa yang sesuai untuk mengambil cuti sehari bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan dapat dibuat. Ini adalah kerana kontraktor yang dipilih oleh suami berdasarkan cadangan oleh pihak kedai tersebut hanya dapat menjalankan kerja-kerja pemasangan pada hari bekerja sahaja.

Suami memohon mengambil cuti sehari pada 21 Oktober 2010 yang lalu kerana perlu membawa baby Arianna untuk mendapatkan imunisasi seterusnya iaitu pada bulan ketiga. Oleh itu, kesempatan ini diambil olehnya untuk membuat temujanji pada jam 12.00 tgh dengan kontraktor elektrik untuk mengambil lampu-lampu dan kipas-kipas yang telah dibeli di kedai sebaik sahaja urusan di klinik selesai pada jam 9:30 pagi. Suri tidak dapat menghantar baby Arianna ke klinik kerana mulai bulan Oktober yang lalu, Suri sudah memulakan khidmat pengasuhan. Ini akan diceritakan dalam catatan akan datang.

Di bawah ini adalah beberapa foto yang diambil oleh suami untuk tatapan Suri dan anak-anak pada hari pemasangan lampu dibuat.


Kerja-kerja pemasangan lampu dilakukan oleh kontraktor. Upah pemasangan bagi setiap unit lampu adalah sebanyak RM10 dan setiap unit kipas adalah sebanyak RM15. Ada 17 unit lampu dan 4 unit kipas siling kesemuanya. Masa diambil untuk pemasangan kseseluruhannya adalah lebih kurang 4 jam dengan 2 orang tenaga kerja. 


Suami mengambil kesempatan untuk membersihkan habuk di atas lantai di semua sudut rumah sebaik sahaja kerja-kerja pemasangan lampu dan kipas selesai dilakukan oleh kontraktor.

Lampu ini sepatutnya dipasang di family area yang terletak di tingkat atas dan bukannya di ruang makan di tingkat bawah. Ini yang Suri geram sangat dengan suami ni!

Lampu dan kipas yang telah dipasang di kawasan living hall. Foto diambil selepas kerja-kerja pembersihan habuk di atas lantai selesai dilakukan. Sampai ke malam baru siap kerja-kerja mengemop. Tulah nak buat kerja sorang-sorang... Tunggulah weekend ni boleh buat sama-sama...

Semua lantai di tingkat atas dan bawah dibersihkan supaya Suri dan anak-anak boleh masuk ke dalam rumah. Habuk dari sisa bahan-bahan binaan seperti konkrit, simen, cat dan lain-lain boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak terutamanya baby Arianna yang baru masuk 3 bulan.  

1 comments:

  1. tks for this info. it really useful for me because we are going to move to our new house soonest.

    Free Postage, Free Gift, Free

    ReplyDelete