Suri beserta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-54 kepada semua rakan-rakan, sanak saudara dan pembaca blog Catatan Suri. Di kesempatan ini juga, Suri memohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat catatan dalam blog ini yang mungkin menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang membacanya.
Catatan yang terdapat dalam blog ini hanyalah sebagai wadah untuk Suri menyatakan buah fikiran dan coretan mengenai sebahagian daripada perkara-perkara yang Suri lalui dalam kehidupan seharian Suri sebagai seorang isteri, ibu dan juga pengasuh.
Dalam posting sebelum ini, Suri ada menceritakan mengenai kedua-dua anak Suri iaitu Farhan (7 tahun) dan Naurah (6 tahun) yang berpuasa pada tahun ini. Alhamdulillah, Farhan berjaya berpuasa penuh 29 hari manakala Naurah berjaya berpuasa untuk 28 hari (1 hari tidak berpuasa kerana demam pada 1 Ramadan).
Berkat sokongan yang Suri dan suami berikan, mereka berjaya mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang tempoh mereka berpuasa dengan penuh kesabaran. Ini adalah satu kejayaan kepada kami walaupun pada peringkat awalnya ia adalah satu bentuk "paksaan" untuk mereka. Setelah mereka mula memahami makna berpuasa, perasaan seronok dan teruja mula timbul setiap kali bangun bersahur dan semasa berbuka.
Tahun ini kami balik beraya pada hari Sabtu yang lalu ke rumah ibu bapa Suri di Rembau, Negeri Sembilan. Kami bermalam untuk semalam sebelum pulang ke rumah ibu bapa suami di Seremban. Kami bermalam mulai pada hari Ahad sehinggalah pada malam raya kedua sebelum pulang semula untuk beraya di Rembau.
Hari ini kami telah pulang semula ke Putrajaya.
0 comments:
Post a Comment